assalamualaikum..
wow.. aku post entry barula derr... hahaha... dahlah takde follower lgsung.. hahahaha... takpelah, sekali skala syok sndri, ape slahnya.. kan? sebenarnya tadi aku ade jumpa satu puisi nie... aku bace memg sedih sgt puisi nie... so, aku ingat nak sharelah kat blog aku nie.. so, jgn segan2 bace yer,,, hehehe... ENJOY IT..
Di sini ingin ku
coretkan sebuah puisi..
Khas untuk dirimu,
Aku akui, kau masih
lagi bermain di fikiran ini,
Namun, perasaan itu
sudahku ikhlaskan pergi..
Di sini bukan aku
ingin meratapi..
Bukan juga ingin aku
sesali..
Malah tak juga aku
dendami..
Tapi hanya ingin
mengenangi..
Sebuah cerita
cintaku..
Mengenalimu merupakan
keindahan buatku,
Mencintaimu merupakan
kegembiraan buatku,
Namun, semua itu
hanya aku yang merasai,
Kerna aku hanya
bertepuk sebelah tangan,
Kau tidak pernah
memandang ke arahku,
Kau tidak pernah menyedari
kehadiranku,
Biarpun kita di
dalam satu kelas,
Tetapi, perasaan itu
juga racun,
Setiap hari aku
merasa sedih,
Setiap hari aku
sakit,
Apabila kau pergi,
Di sekolah yang
lain,
Aku menangisi
pemergianmu,
Bodohnya aku,
Sedangkan kau,
Hanya membiarkan aku
dibebani perasaan,
Sedikitpun tidak
pernah memberi peluang,
Walaupun kau tahu
akan perasaan ini,
Satu hari,
Aku memberanikan
diri untuk meluahkan perasaanku,
Biarpun hanya di
alam maya,
Aku mencuba juga,
Kerana, aku sudah
tak sanggup menyimpan perasaan bertahun-tahun ini,
Aku bukan berharap
kau menerima cintaku,
Aku hanya ingin tahu
jawapanmu,
Hanya ingin tahu
perasaanmu padaku,
Sama ada, kau
membenciku atau sekadar kawan,
Kerana aku terseksa,
3 tahun bersama,
Adakah kita kawan?
Biarpun tidak pernah
bertegur sapa.
Akhirnya apa yang
aku ingin, tak jua aku dapatkan,
Kau hanya membiarkan
luahan itu tanpa apa-apa jawapan.
Tipulah jika aku katakan
aku tak sedih,
Menipulah aku, jika
aku katakan hati ini tak sakit,
Tapi tak adil..
Aku benar-benar
ingin marah,
Aku benar-benar
ingin membencimu,
Tapi aku hanya
menangis,
Menangisi semuanya,
Adakah perasaanku
tak beerti?
Adakah perasaanku
hanya sampah?
Adakah perasaanku
hanya jenaka buatmu?
Tapi apalah dayaku?
Aku tetap tak mampu
membencimu,
Aku tetap tak mampu
memarahimu,
Aku hanya mampu
memaafkanku,
Biarpun rakan-rakanku
membencimu,
Menyatakan kau
kejam, kerana beri aku harapan,
Tapi, aku tetap tak
mampu untuk membencimu,
Kerana semuanya
bermula denganku,
Aku yang berharap,
Akhirya, aku yang
kecewa...
Sehingga sekarang,
hati ini tak mampu mencintai sesiapa
Seperti saat aku
mencintaimu,
Hatiku kosong,
Hatiku tertutup,
Kerana kau, aku
menjadi kurang keyakinan diri,
Aku takut kejadian
yang sama berulang,
Aku takut jika dia
juga seperti kau..
Lemahnya aku,
Kerana tak mahu
menghadapi perkara yang sama berulang lagi,
Mungkinkah aku akan
terus hidup dibayangi masa silam?
Atau akan adakah insan
yang lebih baik dari dirimu?
Yang akan
mencintaiku kerana sebuah keikhlasan?
0 comment[s] | back to top |